Tuesday, November 3, 2015

Preview: Solo Backpackers Trip ke Indochina V 2.0 : Kemboja, Selatan Laos & Thailand

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..

Hi semua..

Seperti yang aku azamkan sebelum, semasa dan selepas dari trip ni, untuk aku rajin menyiapkan entri bagi perjalanan trip terbaru aku ini..Nah selepas seminggu pulang dari Indochina V2.0 ni, ini dah kira cukup baik bila aku dah mula menaip walaupun simpan kat draft je dulu.. hehehe.

Harap sedikit sebanyak perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada semua.. Entri ini cumalah rangkuman awal untuk perjalanan trip ini..

****************************************************************************
Trip kali ini memang boleh dikatakan kurang persedian berbanding Indochina V1.0 tahun lepas.. tiada apa sangat yang aku buat kajian, beli tiket flight Kuala Lumpur ke Phnom Penh berharga RM99 pun 2 bulan sebelum tarikh yang aku rancang..

Cuma itu yang aku buat.. Route perjalanan pun aku tak pasti nak lalu mana, antara Kemboja-Thailand melalui Poipet ataupun masuk Laos dulu dari Kemboja sehinggalah 4 hari sebelum fly, aku baru finalize nak lalu laluan mana seperti di bawah.


Kuala Lumpur-Phonm Penh-Siem Reap-Stung Treng - Border Kemboja Laos - 4000 Island - Pakse - Ubon Ratchathani - Udon Thani- Chiang Mai- Chiang Rai- Kanchanaburi -Bangkok-Hatyai-Kuala Lumpur..

ye.. giler kan..aku akan pulang melalui jalan darat..cukupkah 16 hari untuk laluan tersebut? aku tak tahu.. redah je la.. aku tak kisah jika ada yang aku terpaksa skip akibat kekangan masa.. sebab aku kurang kajian, jadi aku tak tahu mampukah aku nak buat route tersebut dalam tempoh yang singkat? Yang aku fikirkan, hari ke 15 aku sudah ada di Hatyai.. itu je rancangan aku..

Tiket Keretapi Hatyai-Kuala Lumpur aku beli secara online 5 hari sebelum bertolak.. nasib baik ada 3 lagi seat kosong, itu pun yang tinggal Upperbed RM54. aku beli di link dibawah..

                                         https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx


Sempat la aku kaji sedikit apa nak buat di Kemboja supaya tiada lah termangu sangat bila tiba nanti..
Oh ye.. 2 hari sebelum fly, kawan Perancis aku semasa di Korea yang bekerja di Kemboja ada inform, yang Kemboja cuti panjang bermula 10-14 Oktober 2015 sempena perayaan umum mereka.. jadi dia nasihatkan aku rancang perjalanan dengan baik, dan tempah penginapan awal..

Aku seperti biasa tak pernah book penginapan awal, cuma aku bertindak booking tiket bus VIP Phnom Pehn- Siem Reap berharga $16 secara online melalui syarikat perkhidmatan bas Giant Ibis

                                                          http://www.giantibis.com/book.php


Jadi tenanglah sedikit aku nak mulakan trip ini..hehehe..yang lain2 tu kita redah jelaaa.. Dua hari sebelum fly, aku baru terhegeh nak pergi buat pasport aku yang cukup-cukup 6 bulan sebelum tarikh tamat di Pejabat Imigresen Kajang..  Kurang 2 jam dah siap.. Rm200 untuk 5 tahun..Disini aku nak kongsikan tips renew pasport bagi mereka yang masih ada baki 6 bulan dari tarikh tamat tempoh, tapi kita dah tidak dibenarkan untuk ke luar negara lagi kan..
Tips untuk renew, jika anda renew 6 bulan dari tempoh tamat (masa ni dah xboleh keluar negara guna pasport yg tempoh sah kurang dari 6bulan), anda akan dapat tambahan 6 bulan tersebut pada pasport baru anda.. jadi tempoh sebenar pasport baru nanti tepat 5 tahun, bukan 4 tahun setengah.  
Contoh: Pasport sekarang tamat pada 15 April 2016, jadi pada 15 October 2015, anda sudah tidak boleh keluar negara, jadi bila anda renew pasport pada 16 October 2015, tempoh tamat pasport baru anda adalah pada 16 April 2021.

Aku cuma tukar duit RM1000 ++ sahaja kali ini.. sebab bajet yang cukup ketat ditambah dengan nilai RM yang merundum, aku cuma dapat $100 ( $1=Rm4.26) dan THB5000 ( THB100=RM12.15) sahaja.. uwaaaa..camner aku nak survive ni...sobsss.

So tiba hari yang ditunggu-tunggu, maka terbanglah aku semula ke negara Indochina.. TAPI...laluan perjalanan yang aku rancang cuma kekal sehingga hari ke 5 je :)..hahahaha..lepas tu, langsung tak ikut plan kasar tu.. aku redah je sebab aku jumpa tempat lagi best dan aku tak nak rushing singgah satu-satu tempat.. aku nak nikmati sepenuhnya... maka jadilah route seperti dibawah.


Kuala Lumpur - Phonm Penh- Siem Reap- Stung Treng - Border Kemboja Laos - 4000 Island - Pakse - Border Laos Thailand (Chong Mek) - Khon Chiam - Ubon Ratchathani - Khoh Kaen- Phu Kradueng District -Bangkok-Hatyai-Kuala Lumpur..

Jadi, inilah itenary ringkas 16 hari Indochina V 2.0 : Kemboja, Selatan Laos & Thailand..

Day 1 - 10 Oct 2015 (Sat)
------------------------
- flight KUL- PP, 2 jam
- Jalan2 explore Phnom Pehn (Royal Palace, Wat, Riverside, Masjid, Night Market)
- Bertolak ke Siem Reap dengan bas

Day 2 - 11 Oct 2015 (Sun)
------------------------
- Tiba di Siem Reap
- Check in hostel
- Sewa basikal terus ke Angkor Wat
- Jelajah satu Kompleks Angkor Wat sampai ke malam
- Night Market

Day 3 - 12 Oct 2015 (Mon)
------------------------
- Bertolak ke Laos dengan van
- Lunch di Stung Treng
- Lepasi border Kemboja-Laos
- Tiba di 4000 island, naik sampan ke Don Det Island
- Check in chalet

Day 4 - 13 Oct 2015 (Tue)
------------------------
- Bangun pagi tengok sunrise
- Sewa basikal untuk jelajah pulau dan air terjun
- Check out, keluar dari Pulau Don Det
- Ke waterfall yang lain
- Bertolak ke Pakse
- Check in guesthouse

Day 5 - 14 Oct 2015 (wed)
------------------------
- Jalan2 sekitar Pakse
- Bertolak ke Wat Phu
- Bertolak ke Thailand dengan bas
- Lepas sempadan Laos-Thailand, ambil teksi ke pekan Khon Chiam
- Check in guesthouse

Day 6 - 15 oct 2015 (Thu)
------------------------
- Sewa motorsikal, bergerak ke Pha Taem National Park
- Jelajah taman negara
- Check out, kemas barang
- Bertolak ke Pha Cha Na Dai, untuk lihat 1st sunrise di Thailand
- Camping di Pha Cha Na Dai

Day 7 - 16 Oct 2015 (Fri)
-----------------------
- Ke view point untuk tunngu sunrise,
- Ke air terjun, explore kawasan hutan
- Keluar dari kawasan hutan, memburu air terjun di sekitar taman negara
- Sunset di view point Pha Taem National Park
- Check in guesthouse

Day 8 - 17 Oct 2015 (Sat)
-----------------------
- Jalan2 di pekan Khon Chiam
- Check out, tunggu van ke Bandar Ubon Ratchathani
- Sampai stesen bas, cari tiket ke Khon Kaen
- Check in guest house
- Jalan2 di night market

Day 9 - 18 Oct 2015 (Sun)
-----------------------
- Jalan2 di bandar Khon Kaen
-Check out, ke stesen bas
- Beli tiket ke Loei
- Berhenti di Rest stop Phu Kradueng
- Bertolak ke Phu Kradueng National Park
- Stay di visitor centre

Day 10 - 19 Oct 2015 (Mon)
-----------------------
- Daftar diri untuk pendakian Gunung Phu Kradueng
- Mula mendaki
- Sampai di puncak, teruskan perjalanan ke camping site
- Ke view point untuk sunset

Day 11 - 20 Oct 2015 (Tue)
------------------------
- Ke viewpoint sunrise
- Menjelajahi semua air terjun, hutan, tebing tinggi
- Sunset di viewpoint

Day 12 - 21 Oct 2015 (Wed)
------------------------
- Bersantai di camp site
- Mula mendaki turun
- Packing semula barang, bergerak ke stesen bus
- Ke Bangkok dengan bas

Day 13 - 22 oct 2015 (Thu)
------------------------
- Sampai Bangkok awal pagi
- Ke Damneon Saduak Floating Market
- Jalan2 di sekitar South Bus Terminal
- Ke Khao San Road, check in hostel

Day 14 - 23 Oct 2015 (Fri)
-----------------------
- Jalan2 di Khao San Road
- Lunch dan solat di Masjid
- Ke Siam Square, Silom Road, Lumini Park
- Ke Hualamphong beli tiket train, China Town

Day 15 - 24 Oct 2015 (Sat)
-----------------------
- Check out, ke Cha Tu Chak Market
- TIba di Hua Lamphong Train Stasion,bergerak ke Hatyai
by 3rd class train

Day 16 - 25 Oct 2015 (Sun)
-----------------------
- Tiba di Hatyai
- Jalan2 sekitar Hatyai market
- Bertolak ke Kuala Lumpur dengan keretapi

Day 17 - 26 Oct 2015 (Mon)
-----------------------
- Tiba di Kl Central
- Pulang ke rumah

Nahh.. itu dia itenary kasar sebenar apa yang aku buat selama 16 hari tersebut.. boleh lihat aku banyak habiskan masa di taman negara.. sesuatu yang memang aku hunting untuk trip kali ini..actually boleh je aku shoot ke Chiang Mai, tapi aku skip CM buat kali kedua.. sebab CM terlalu menarik untuk aku explore dalam tempoh yang singkat.. jadi save it for another Golden Triangle Trip..

Segala kos, detail penginapan, aktiviti yang aku buat, akan aku ceritakan satu persatu di entri-entri yang lain.. hehehe.. tu tak boleh janji la bila nak siap, tapi aku cuba sebaik mungkin.. azam aku, untuk siapkan sebelum 2016 menjelma.. so ada kurang 2 bulan je.. kipidap!!!!

Wassalam...