Monday, July 14, 2014

SUMATERA : PEKAN BARU ~ Menjejaki susur galur Melayu di RIAU -PART 2

sambung letak gambar je cerita dah draft siap2...heheh

****************************************************************************

DAY 3- 26 Mei 2014.

Rencana kami hari ini adalah untuk ke Istana Siak di Kabupaten Siak, Provinsi Riau, Indonesia.. Perjalanan memakan masa 3 jam dengan mobil.. boleh tahan jauh..

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan pokok kelapa sawit..Pekanbaru ini juga merupakan bandar minyak kerana banyak telaga minyak darat diusahakan oleh Caltex disini..sebab itu air paip disini agar berbau pelik dan tidak sesuai untuk diminum..mungkin kesan dari telaga minyak bawah tanah..

Jalan raya yang dilalui juga agak teruk dengan lubang merata- rata sehinggalah kami memasuki satu simpang yang jalannya mula cantik..memang beza terus keadaan dua jenis jalan raya tersebut.. aku difahamkan jalanraya yang teruk itu diuruskan oleh kerajaan Indonesia, manakala jalan raya yang bagus itu diuruskan oleh Kabupaten Siak..macam jalanraya federal dengan state la kot bezanya..kalau salah mohon dibetulkan :)

Jambatan Siak, - Jambatan Tengku Agung Sulthanah Latifah
 Secara simbolik jambatan ini melambangkan keagungan dan kejayaan Kesultanan Siak dahulu kala. Apabila melepasi jambatan ini, suasana kemelayuan mula dirasai..

Istana Siak
Istana Siak atau biasa disebut dengan ” Istana Matahari Timur ” atau disebut juga Asserayah Hasyimiah ini dibangunkan oleh Sultan Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin pada tahun 1889 oleh arkitek berbangsa Jerman. Senibina bangunan ini merupakan gabungan antara senibina Melayu, arab dan Eropah.. Tidak hairanlah bila aku memandang istana ini tidak seperti istana Raja Melayu yang ada di Malaysia..Ini kerana ada campuran senibina Eropah hasil kesan penjajahan suatu masa dahulu.


Pondok penjaga sekali pondok bayaran. Rp6k seorang..
Cella membayarkan kami harga tiket masuk ke istana ini.. Dapatlah harga local aku hari ini..hehe.. Kalau tidak, banyak juga bezanya.. lupa plak berapa harga mancanegara..

Bangunan ini terdiri dari dua tingkat. Tingkat bawah dibagi menjadi enam ruangan : Ruang tunggu para tamu, ruang tamu kehormatan, ruang tamu lelaki, ruang tamu untuk perempuan, satu ruangan bahagian kanan adalah ruang sidang kerajaan, juga digunakan untuk ruang pesta. Tingkat atas dibahagi menjadi sembilan ruangan, berfungsi untuk istirahat Sultan serta para tamu Istana. Tapi aku tidak ambil semua gambar-gambar di dalam istana Siak ini..

Patung-patung mengambarkan suasana dalam istana


Logo Kesultanan Siak

Ruang makan

Alat muzik Komet

Kami menyelusuri setiap sudut dalam istana sambil mengambil gambar, membaca sejarah-sejarah serta bertanya soalan-soalan kepada penjaga Istana Siak.

Aku tertarik dengan alat muzik, Komet yang terdapat dalam istana ini. Komet ini dihasilkan di Jerman yang memiliki piring-piring dengan garis tangan sekitar 90 cm berisikan lagu-lagu klasik dari Mozard dan Bethoven. Konon barang ini hanya ada dua di dunia iaitu di Jerman sebagai pembuat dan di istana Siak. Komet ini dimainkan untuk meraikan tetamu penting ke Istana Siak.. Rugi pula aku tak minta penjaga tersebut mainkan sedikit lagu dari Komet ini.. Aku kan tetamu penting jugak..hahahahha

Balai yang menjadi tempat menjual cenderamata

View istana dari sudut belakang
 Aku menaiki tingkat atas untuk explore pelbagai barang tinggalan sejarah yang ada. Terdapat pakaian-pakian lama, pinggang mangkuk, kasut, buku-buku, gambar-gambar dan pelbagai lagi..

Aku tertarik bila aku melihat ada beberapa barangan berupa surat lama serta gambar dari Kesultanan Johor. Perkaitan sejarah antara Kesultanan Johor dan Siak adalah kuat sekali.. Kalau kita imbas kembali sejarah yang kita belajar dulu, kita ada belajar tentang sejarah Siak ini.

Kerajaan Siak ini didirikan oleh Raja Kecil, iaitu anak dari Sultan Mahmud Shah, iaitu Sultan Johor yang dibunuh selepas pulang dari Solat Jumaat oleh Megat Seri Rama. Kiranya ada komplot untuk merampas takhta masa itu.

Raja Kecil ini dilarikan bersama ibunya dan mendapat perlindungan oleh Raja Pagar Ruyung. Raja Kecil ini kemudian merampas kembali Johor dan jadi Sultan Johor untuk tempoh yang pendek sebelum berlakunya kembali perubatan kuasa dan Raja Kecil kembali ke Siak dan mendirikan kerajaan Siak dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah (1723-1746 M). Sultan Siak yang terakhir adalah Sultan Sharif Khasim II.

Begitulah serba sedikit sejarah Kesultanan Siak ini.. Aku dulu sering menonton cerita-cerita melayu lama jadi ada sedikit familiar bila baca balik sejarah ini.. Aku tak nafikan ada sedikit perasaan terkilan dan syahdu apabila menelusuri kembali sejarah Kesultanan Melayu ini. Betapa gahnya kuasa Sultan Melayu suatu masa dulu..  

Salasiah Kesultanan Siak



Setelah puas menelusuri Istana Siak, kami singgah solat dan makan bekal yang dibawa disebuah masjid berdekatan. Kemudian Cella mengajak kami melihat peninggalan Belanda diseberang sungai. Ia merupakan sebuah benteng yang dibina menghadap Sungai Siak..aku kira ni sebagai pertahanan.

Kubu ke tembok ni.. Tinggalan Belanda


Cella, adiknya dan Bayu..

Ada kapal melalui sungai ini.. baru aku percaya sungai ni dalam..hehe
 Kami beransur pulang ke Pekanbaru sekitar jam 4 petang. Kami singgah ke Masjid Agung An-Nur. masjid ini dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1968. Apa yang menariknya masjid ini dikatakan mirip Taj Mahal.. errr adalah sikit..macam bangunan Perdana Menteri kat Putrajaya pun ada..hehe


Masjid Agung An-Nur diwaktu siang

Sekejap je singgah terus pulang, sebab Bayu, si punya mobil tu ada hal..malam tu hujan, so aku dengan Cella keluar sekitar jam 9 malam untuk ke Toko Buku Gramedia.. aku nak beli buku "99 cahaya di langit Eropah".
Harga buku ini Rp80k sebab ada tandatangan digital penulis buku ini, Hanum Salsabila dan Rangga Mahendra..

Lepas itu kami ke masjid An-Nur lagi untuk ambil gambar waktu malam.. kebetulan malam itu ada Ceramah Israk Mikraj.. memang penuh perkarangan masjid.. sambil ambil gambar sambil tumpang sekaki dengar ceramah..cara penyampaiannya rasa dekat je dengan Kota Bharu.. betul-betul aku anggap PKU ni kembar KB.hehe.. kami keluar sebelum habis ceramah sebab tak nak sangkut dengan kesesakan lepas tu..

Masjid Agung An-Nur diwaktu malam



DAY 4- 27 Mei 2014..

Keesokkan harinya aku bersiap awal pagi.. Flight aku jam 10.50 tapi aku suruh Cella hantar jam 8.15 pagi.. sebab Cella pun nak berangkat ke Sumatera Barat (Sumbar) jam 9 pagi.. tante sama Veena dah takde sebab dari semalam lagi diorang keluar kota sebab tante ada job kat sana..Sedih pula nak tinggalkan PKU..sebab aku rasa dekat sangat dengan jiwa aku..pengembaraan aku kali ini menjejaki sejarah memang memberi aku seribu erti kehidupan yang tak ternilai..

Binaan yang unik..xpasti apa..
Sampai je bandara, aku jalan-jalan buang masa dulu lepas tu masuk boarding hall..Oh ye, satu hal penting aku nak share di bandara ini, lepas kita dah masuk boarding hall, jangan lupa ke kaunter penerbangan kita dulu untuk bayar airport tax dan ambik boarding pass baru walaupun anda tak ade check-in luggage dan sudah web check-in.. aku menonong je terus ke kaunter imigresen untuk cop pasport, abang Imigresen pun baik punya borak dengan aku lepas tu lepaskan aku..aku pun pelik kenape tak minta duit untuk airport tax macam aku kena kat Bandara Jogja dulu?

"Kok mbak belum bayar ye.. buruan ke kaunter Airasia lansung bayar dulu ye.."

Lorh..aku kebingungan..gawat ni..Aku berlari turun ke kaunter semula..nasib baik awal lagi..rupa2nya, kalau ada check-in lugage ke takde ke, semua harus ke kaunter dulu untuk bayar tax..diorang akan bagi boarding pass baru as prove yang kita dah bayar..nampak sangat abang Imigresen tu berangan sebab masa dia cek boarding pass yang aku print tu, dia tak kata apa pun..hoho..nasib baik aku jujur.. tapi sebenarnya kalau aku lepas kat kaunter Imigresen pun, lepas tu mesti sangkut juga sebab ada satu tempat lagi nak kena scan bar code boarding pass..hoho

Kaunter check in- kena bayar airport tax disini..

View telaga minyak Pekanbaru dari angkasa..
Jam 12.45 aku selamat sampai KLIA 2 terus menuju Putrajaya sentral untuk ke pejabat meneruskan semula kehidupan harian aku..

Done..doakan aku rajin untuk next entry plak..bye2..wassalam..

Semoga berjumpa lagi...

Sunday, July 13, 2014

Korea Selatan : Day trip to Daegwallyeong Samyang Ranch

Assalamualaikum..

Tret..tret..entri ni aku dah draft dari tahun 2013..haha..so sekarang baru rajin dan dalam mood nak berblogging ni.. so aku pilih-pilih gambar, kasi watermark, edit-edit entri dan publish...hehe

********************************************************************************

Isnin, 28 Mei 2012.

Destinasi kali ini adalah ke suatu tempat yang sejuk di kawasan tanah tinggi yang menjanjikan panorama yang cukup tip top beb.. hari ini hari terakhir kiranya aku akan bawa Wani dengan kawannya, Ping. Mereka berdua ni student Utem, sama macam aku juga, exchange student kat sebuah universiti di Daegu ke Gumi.. lupa plak..hihi.. macam mana aku kenal mereka ni melalui kak elida, yang mana sebelum tu kami ada pergi Nami Island dah sama-sama..

ok, disebabkan semalam tu sangat penat, dan aku tidak study betol-betol pasal tempat ini, so aku telah salah bajet masa kat sini..aku ingatkan dekat je kat mana2, rupanya...aduhh, nanti korang tahu sendiri jaraknya camne..

Lebih kurang pukul 10 lebih (lewat gilerrrr) baru kami bersiap-siap keluar dari Ajou-dae.. Dari Ajou, kami terus ambil bus no 1007-1 ke Jamsil Station sebab aku baru perasan ada bus depan Ajou boleh pergi Jamsil station.. kesian diorang selama ini ambil jalan jauh nak ke Ajou selama ini, kena pergi Sadang Station dulu..hahaha..

apa boleh buat.. lupa plak tiket bus harga berapa, sebab guna T-money card kan.sekitar KRW5000 kot..hehe.. perjalanan hampir 40 minit, sampilah ke Jamsil Station.. dari Jamsil, ambik subway line 2 ke 1 station seterusnya iaitu stesen Gangbyeon ambil exit 3.. masa itu dah jam 11:44a.m, aku macam rilex lagi sebab ingatkan Samyang Ranch tu dekat je kat kawasan ini.. ok, dari stesen ini, seberang je jalan raya untuk ke Dong Seoul Bus Terminal.. stesen bas ni kiranya tumpuan untuk ke bandar2 sebelah bawah Seoul..

Keluar exit 3 dari Gongbyeon Station subway

Dong Seoul Bus Terminal

harus lintas jalan untuk Terminal Bus
Masuk je dalam stesen bas tu, pergilah dekat kaunter untuk cek destinasi dengan harga sekali... makkk oiii...terkejut badak aku tengok harga nak ke bandar Hoenggye dimana terletaknya Samyang Ranch tu.. Wani cakap harga ni nak sama dengan harga bus ke Daegu.. aku dah rasa lain macam dah, biar betul harga ni macam bunyi jauh je tempat ni..waswas3x..tanyalah berapa lama perjalanan itu, akak kaunter cakap 3 jam.

makk oiiii, ini betul2 lama..kami pun dok kira la, masa tu dah dekat jam 12, kalau 3 jam mahu sampai dekat jam 3 petang..tapi tak boleh stay lama sebab mereka berdua rushing nak balik stesen bas ni untuk ambik bus ke Daegu pula.. bincang punya bincang, selepas memikirkan mereka tiada peluang lagi nak pergi lain kali, aku pun bersetuju je la untuk teruskan perjalanan ini dengan sedikit berat hati sebab tiket mahal tapi pergi sekejap je..dalam hati dok maki diri sendiri sebab tak survey masa perjalanan dan lokasi tempat dengan betul.. lepas itu, beraturlah kami membeli tiket tersebut dengan hati remuk rendam.. :(


Kaunter tiket. Cari destinasi ke Hoenggye

Harga tiket Krw 13,800
Harga tiket dari Dong Seoul ke Hoenggye berharga KRW13,800 sehala ye mengambil masa 3 jam.. bus kami akan bertolak jam 12.30pm..aku tak cek kekerapan bus ke bandar Hoenggye tapi agak banyak la dalam beza setiap sejam..masa setengah jam lagi kami rehat-rehat je sambil cuci2 mata yang berhabuk..

Kami akan naik di platform 2 atau 3, jadi tunggu je depan bus tu.. ni rupa platform dan bus yang kami naiki. bus ini bukanlah terus menuju Hoenggye saja tapi akan singgah di 2 buah bandar atau pekan la boleh dikatakan iaitu Jangpyung, Jinbu sebelum Hoenggye destinasi terakhir.. patutlah 3 jam, jauh rupanya.

Tunggu bus

Bus ke Hoenggye



Dalam bas
Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan luar bandar yang cukup mendamaikan..terubat sedikit demi sedikit hatiku yang tengah terkilan tu.. Samyang Ranch ini terletak di San 1-107, Hoenggye 2-ri, Doam-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.. aku kira lebih kurang daerah yang agak jauh, di kawasan pergunungan.. sorry aku xhafal peta Korea, xboleh nak cerita exactly lokasi nya..tapi negeri Pyeongchang ni kira kt belah pantai timur Korea.. jam 3.22p.m baru kami sampai ke Stesen Hoenggye.. kami terus masuk ke dalam stesen bas untuk cek bas terakhir ke Dong Seoul. Wani kebetulan berborak dengan ajjushi jual jajan, dia rupanya pernah kerja di Malaysia 10 tahun, tapi dah lupa cakap Melayu.. tapi baiklah sebab dia tolong kami bagi direction nak ambil teksi.



View sepanjang perjalanan

Bukit bukau


Pyeongchang 2018
Nak ke Daegwallyeong Samyang Ranch ini dari stesen Hoenggye kena ambil teksi, sebab itu je satu-satunya public transport ke situ.. kalau xsalah aku, tiada bas kampung ke situ.. stesen teksi cuma depan stesen bas sahaja.. aku dah tulis siap2 tempat tu dalam Hangeul, jadi tunjuk je kat driver teksi.. harganya xpakai meter, tapi standard price KRW8000 sehala untuk 1 teksi bagi perjalanan 15-20 minit.. kalau nak jalan kaki boleh, tapi tak kenal jalan, dah xcukup masa sebab dah lewat dan jalan berbukit bukau..hehe..xsanggup.. suhu masa ini dah sejuk, macam kat Cameron Highland dengan kabusnya yang agak tebal..nasib baik bawa jaket..hehe

Terminal teksi

Kawasan parking kereta di Samyang Ranch

Silalah bayar KRW8000 seorang
Sampai je kat Daegwallyeong Samyang Ranch dah pukul 3:45pm, so kami berlari-lari anak pergi ke pintu masuk, beli tiket masuk pula, (adess, banyak habis duit, tapi sayang sekejap je)..ada sedikit lagi tak puas hati aku masa ni..tapi dah redha la..hehe..harga masuk untuk dewasa ialah KRW8000 seorang.. kalau dalam kumpulan melebihi 30 orang, dapat harga KRW6000 seorang..so kami cepat2 beli and terus masuk.. masuk je ke kawasan main entrance aku terus woww..woww..wow.. tidak menyesal aku datang juga.. cantik sangat.. terus kami ke tempat menunggu bus, sebab nak pusing 1 tempat ni kena guna bus, boleh je guna basikal atau jalan kaki tapi kami kan tengah tak cukup masa ni..hehe..plan nak balik naik bus jam 5.25 petang, so ada 2 jam je untuk pusing dan kembali ke stesen Hoenggye.. memang xberbaloi 2 jam untuk harga yang kami bayar semua..nak buat macam mana, salah sendiri juga..

Dalam Daegwallyeong Samyang Ranch ada beberapa area yang dibahagikan mengikut skop2 tertentu seperti kawasan kincir angin, tempat lokasi filem atau drama Korea, Ladang lembu tenusu, ladang biri-biri, burung unta dan macam-macam lagi..kenapa banyak ladang? dah namanya Ranch..tentulah banyak ladang dan kandang..haha.. kt sini  juga ada 5 Walking tracks terdiri dari Breezy Hills, Leisure forest, Memories of Love, Meadow Stroll dan Peace of Mind.. durasi setiapnya adalah berbeza-beza..

so kami naik bas percuma tu terus ke hentian yang terakhir sekali terus iaitu di Daegwallyeong Observatory.. tempat ini ada banyak sangat kincir angin..wahh..teruja giler..boleh tengok gambar2 ni..best kan..

View selamat datang

Menuju ke bahagian dalam

Peta Daegwallyeong Samyang Ranch

Selamat datang kot..

Shuttle bus nak angkut pengunjung ke tempat-tempat menarik
Dari sini boleh hiking ke Gunung Hwangbyeong.. cabarannya nak ambil gambar dengan kincir angin sebab sekejap je kabus tebal datang dan pergi..kami spend kat sini dalam setengah jam juga la camwhore sana sini kan..

Banyak sangat kincir angin yang besar gedabak ni memenuhi lereng-lereng gunung di sini..Subhanalalh, kagum dengan kuasa Allah swt.. Daegwallyeong Samyang Ranch ni dikatakan terbesar di Asia dan tidak semua kawasan ini dibuka kepada pelancong luar.. lepas puas bergambar, kami menaiki bas yang datang untuk kali ke 3 rasanya.. jangan risau kalau bas yang anda naiki tadi dah bergerak, sebab akan ada bas yang lain pula datang untuk bawa ke bas stop sebelumnya.. dari  Daegwallyeong Observatory kami naik bus ke hentian kedua terakhir..

Perhentian paling atas : Breezing Hill rasanya

Kabus yg nak datang menyerang

Ketinggian 1140 mdpl

Observatory Deck 





Disini adalah lokasi untuk pengambaran beberapa buah drama korea.. tidak hairanlah sebab kawasan ini cantik sangat.. drama seperti "Love Conserto", "Autumn in my heart" dan banyak lagi .. dari sini, kami berjalan melalui denai pejalan kaki sambil menghayati spot2 best untuk bergambar..haha..
sungguh aku mensyukuri nikmat dan peluang yang Allah berikan ini..

Location beberapa drama Korea dirakamkan





Wani posing sakan..


Menelusuri laluan pejalan kaki

Kami terus menapak hingga ke kawasan ladang lembu moooow.... lembu kat sini sungguh sihat dan comel2 sekali..ahaksss..disini kami pada ketinggina 980m dari aras laut..tapi kabus dah kurang tak seperti di puncak tadi..

ohh ye, sambil2 asyik menikmati keindahan alam, kami teruja dan terasyik sampai masa dah drag ke jam 5:30pm.. jadi kami buat keputusan untuk ambik bus jam 6.35 je tapi Wani dengan kawannya sedikit risau takut bus ke Daegu terlepas..tapi sebab semua xrela nak balik awal sebab banyak lagi tempat tak singgah ni, so extend je la sejam lagi kan.. dari tempat lembu, kami jalan lagi ke tempat burung unta, tapi entah kenapa aku tak ambil gambar kat sini..sayang betul...



Welcome to ladang Lembu

Mooowwww


Sambung perjalanan ke bawah





Kandang biri-biri

Couple Korea yang tolong call driver teksi
Dari sini kami jalan lagi sebab nak tunggu bus tapi xde pula bus yang lalu nak ke main entrance tu.. so jalan jela sampai ke bawah sambil singgah tepi2 lalu la kandang biri-biri..kat sini, kami minta pertolongan couple Korea untuk call no telepon driver teksi yang kami datang tadi untuk datang ambil kami semula sebab sebelum driver tu blah tadi, dia ada bagi kad bisnes dia..

Dah nak sampai penghujung destinasi dah kami ni, terpancar perasaan puas hati sebab memang cantik sangat.. aku memang fikir nak datang repeat tempat ini, sebab cun habislaaa..disini kebanyakkan yang datang akan beli maggi buatan sini untuk bawa balik..aku xbeli la ramyum ni sebab was-was kan.. aku nak beli susu segar tapi macam xperasan pula ada ke tak..huhu..



Pejabat urusan
Rata-rata pengunjung yang datang hari tersebut adalah warga tempatan yang datang dengan kenderaan sendiri, so untuk berpiknik bersama keluarga masing-masing kan.. dengan anak sungai yang mengalir jernih, memang cukup tenteram sekali... lebih kurang jam 6.15 p., driver teksi yang berlainan datang ambil kami. sampai je di stesen Hoenggye, kami terus beli tiket pukul 6.35, pergi tandas dan ambil wudhuk untuk solat jamak taakhir di celah2 parking kereta..

Terminal bus Hoenggye

Jadual kekerapan bus keluar dari terminal ini
Bus tiba agak lambat, so kami tunggu je la..mereka berdua sedikit cuak dah mengenangkan nasib yang memang tak sempat nak ambil bus last ke Daegu. pukul 9:45 rasanya bus last tu.. oh yee, masa kat tandas, aku terjumpa dompet wanita, so pergi serahkan dekat kaunter bus kat ajjuma ni..so masa kami nak naik bus, tiba2 ada seorang gadis datang bagi kami susu dalam botol, so aku ingat dia nak jual, aku tolak je la, tapi dia paksa-paksa kami ambil, dia nak bagi juga, sambil2 dia explain yang dia ni owner dompet tersebut..tapi cakap macam itik dengan ayam la kami ni..hahaha..lucu sebab kami dok main tolak2 je air susu tu..patutla aku macam cam muka dia sebab sebelum tu aku dah buka purse tu tengok kad pengenalan dia.. kira nasib baik la aku yang jumpa..tapi kalau Korean pun yang jumpa, possibility untuk dipulangkan memang tinggi..

Pukul 7.05 minit baru bas bergerak dan aku manfaatkan masa itu dengan tidur. Pukul 10.10 sampailah ke Dongseoul Station.. memang bus ke Daegu dah terlepas, so aku teman mereka beli bus ke bandar bawah sikit dari Daegu, agak jauhlah dari tempat diorang, tapi memandangkan sebelum ini diorang dah pernah mengalami situasi ini, so aku tak risau sangat.. selepas sesi bye-bye, aku pun blahhh cepat-cepat ke subway station Gongbyeon untuk ke Jamsil station.. dari Jamsil station, aku keluar exit 6, ambil bus 7001-1 ke Ajou. pukul 12 tengah malam lebih baru sampai dormitory..

what a long journey tapi puas hati... Insyaallah nak repeat lagi..

Anda semua boleh layari website berikut untuk dapatkan gambaran mengenai Daegwallyeong Samyang Ranch ini..

http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264459
http://www.samyangranch.co.kr/ (Korean language)
http://seoulotraveller.blogspot.com/2012/07/day-25-getting-to-daegwallyeong-samyang.html

******************************************************************************