Assalamualaikum..
Tret..tret..entri ni aku dah draft dari tahun 2013..haha..so sekarang baru rajin dan dalam mood nak berblogging ni.. so aku pilih-pilih gambar, kasi watermark, edit-edit entri dan publish...hehe
********************************************************************************
Isnin, 28 Mei 2012.
Destinasi kali ini adalah ke suatu tempat yang sejuk di kawasan tanah tinggi yang menjanjikan panorama yang cukup tip top beb.. hari ini hari terakhir kiranya aku akan bawa Wani dengan kawannya, Ping. Mereka berdua ni student Utem, sama macam aku juga, exchange student kat sebuah universiti di Daegu ke Gumi.. lupa plak..hihi.. macam mana aku kenal mereka ni melalui kak elida, yang mana sebelum tu kami ada pergi Nami Island dah sama-sama..
ok, disebabkan semalam tu sangat penat, dan aku tidak study betol-betol pasal tempat ini, so aku telah salah bajet masa kat sini..aku ingatkan dekat je kat mana2, rupanya...aduhh, nanti korang tahu sendiri jaraknya camne..
Lebih kurang pukul 10 lebih (lewat gilerrrr) baru kami bersiap-siap keluar dari Ajou-dae.. Dari Ajou, kami terus ambil bus no 1007-1 ke Jamsil Station sebab aku baru perasan ada bus depan Ajou boleh pergi Jamsil station.. kesian diorang selama ini ambil jalan jauh nak ke Ajou selama ini, kena pergi Sadang Station dulu..hahaha..
apa boleh buat.. lupa plak tiket bus harga berapa, sebab guna T-money card kan.sekitar KRW5000 kot..hehe.. perjalanan hampir 40 minit, sampilah ke Jamsil Station.. dari Jamsil, ambik subway line 2 ke 1 station seterusnya iaitu stesen Gangbyeon ambil exit 3.. masa itu dah jam 11:44a.m, aku macam rilex lagi sebab ingatkan Samyang Ranch tu dekat je kat kawasan ini.. ok, dari stesen ini, seberang je jalan raya untuk ke Dong Seoul Bus Terminal.. stesen bas ni kiranya tumpuan untuk ke bandar2 sebelah bawah Seoul..
|
Keluar exit 3 dari Gongbyeon Station subway |
|
Dong Seoul Bus Terminal |
|
harus lintas jalan untuk Terminal Bus |
Masuk je dalam stesen bas tu, pergilah dekat kaunter untuk cek destinasi dengan harga sekali... makkk oiii...terkejut badak aku tengok harga nak ke bandar Hoenggye dimana terletaknya Samyang Ranch tu.. Wani cakap harga ni nak sama dengan harga bus ke Daegu.. aku dah rasa lain macam dah, biar betul harga ni macam bunyi jauh je tempat ni..waswas3x..tanyalah berapa lama perjalanan itu, akak kaunter cakap 3 jam.
makk oiiii, ini betul2 lama..kami pun dok kira la, masa tu dah dekat jam 12, kalau 3 jam mahu sampai dekat jam 3 petang..tapi tak boleh stay lama sebab mereka berdua rushing nak balik stesen bas ni untuk ambik bus ke Daegu pula.. bincang punya bincang, selepas memikirkan mereka tiada peluang lagi nak pergi lain kali, aku pun bersetuju je la untuk teruskan perjalanan ini dengan sedikit berat hati sebab tiket mahal tapi pergi sekejap je..dalam hati dok maki diri sendiri sebab tak survey masa perjalanan dan lokasi tempat dengan betul.. lepas itu, beraturlah kami membeli tiket tersebut dengan hati remuk rendam.. :(
|
Kaunter tiket. Cari destinasi ke Hoenggye |
|
Harga tiket Krw 13,800 |
Harga tiket dari Dong Seoul ke Hoenggye berharga KRW13,800 sehala ye mengambil masa 3 jam.. bus kami akan bertolak jam 12.30pm..aku tak cek kekerapan bus ke bandar Hoenggye tapi agak banyak la dalam beza setiap sejam..masa setengah jam lagi kami rehat-rehat je sambil cuci2 mata yang berhabuk..
Kami akan naik di platform 2 atau 3, jadi tunggu je depan bus tu.. ni rupa platform dan bus yang kami naiki. bus ini bukanlah terus menuju Hoenggye saja tapi akan singgah di 2 buah bandar atau pekan la boleh dikatakan iaitu Jangpyung, Jinbu sebelum Hoenggye destinasi terakhir.. patutlah 3 jam, jauh rupanya.
|
Tunggu bus |
|
Bus ke Hoenggye |
|
Dalam bas |
Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan luar bandar yang cukup mendamaikan..terubat sedikit demi sedikit hatiku yang tengah terkilan tu.. Samyang Ranch ini terletak di San 1-107, Hoenggye 2-ri, Doam-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.. aku kira lebih kurang daerah yang agak jauh, di kawasan pergunungan.. sorry aku xhafal peta Korea, xboleh nak cerita exactly lokasi nya..tapi negeri Pyeongchang ni kira kt belah pantai timur Korea.. jam 3.22p.m baru kami sampai ke Stesen Hoenggye.. kami terus masuk ke dalam stesen bas untuk cek bas terakhir ke Dong Seoul. Wani kebetulan berborak dengan ajjushi jual jajan, dia rupanya pernah kerja di Malaysia 10 tahun, tapi dah lupa cakap Melayu.. tapi baiklah sebab dia tolong kami bagi direction nak ambil teksi.
|
View sepanjang perjalanan |
|
Bukit bukau |
|
Pyeongchang 2018 |
Nak ke Daegwallyeong Samyang Ranch ini dari stesen Hoenggye kena ambil teksi, sebab itu je satu-satunya public transport ke situ.. kalau xsalah aku, tiada bas kampung ke situ.. stesen teksi cuma depan stesen bas sahaja.. aku dah tulis siap2 tempat tu dalam Hangeul, jadi tunjuk je kat driver teksi.. harganya xpakai meter, tapi standard price KRW8000 sehala untuk 1 teksi bagi perjalanan 15-20 minit.. kalau nak jalan kaki boleh, tapi tak kenal jalan, dah xcukup masa sebab dah lewat dan jalan berbukit bukau..hehe..xsanggup.. suhu masa ini dah sejuk, macam kat Cameron Highland dengan kabusnya yang agak tebal..nasib baik bawa jaket..hehe
|
Terminal teksi |
|
Kawasan parking kereta di Samyang Ranch |
|
Silalah bayar KRW8000 seorang |
Sampai je kat Daegwallyeong Samyang Ranch dah pukul 3:45pm, so kami berlari-lari anak pergi ke pintu masuk, beli tiket masuk pula, (adess, banyak habis duit, tapi sayang sekejap je)..ada sedikit lagi tak puas hati aku masa ni..tapi dah redha la..hehe..harga masuk untuk dewasa ialah KRW8000 seorang.. kalau dalam kumpulan melebihi 30 orang, dapat harga KRW6000 seorang..so kami cepat2 beli and terus masuk.. masuk je ke kawasan main entrance aku terus woww..woww..wow.. tidak menyesal aku datang juga.. cantik sangat.. terus kami ke tempat menunggu bus, sebab nak pusing 1 tempat ni kena guna bus, boleh je guna basikal atau jalan kaki tapi kami kan tengah tak cukup masa ni..hehe..plan nak balik naik bus jam 5.25 petang, so ada 2 jam je untuk pusing dan kembali ke stesen Hoenggye.. memang xberbaloi 2 jam untuk harga yang kami bayar semua..nak buat macam mana, salah sendiri juga..
Dalam Daegwallyeong Samyang Ranch ada beberapa area yang dibahagikan mengikut skop2 tertentu seperti kawasan kincir angin, tempat lokasi filem atau drama Korea, Ladang lembu tenusu, ladang biri-biri, burung unta dan macam-macam lagi..kenapa banyak ladang? dah namanya Ranch..tentulah banyak ladang dan kandang..haha.. kt sini juga ada 5 Walking tracks terdiri dari Breezy Hills, Leisure forest, Memories of Love, Meadow Stroll dan Peace of Mind.. durasi setiapnya adalah berbeza-beza..
so kami naik bas percuma tu terus ke hentian yang terakhir sekali terus iaitu di Daegwallyeong Observatory.. tempat ini ada banyak sangat kincir angin..wahh..teruja giler..boleh tengok gambar2 ni..best kan..
|
View selamat datang |
|
Menuju ke bahagian dalam |
|
Peta Daegwallyeong Samyang Ranch |
|
Selamat datang kot.. |
|
Shuttle bus nak angkut pengunjung ke tempat-tempat menarik |
Dari sini boleh hiking ke Gunung Hwangbyeong.. cabarannya nak ambil gambar dengan kincir angin sebab sekejap je kabus tebal datang dan pergi..kami spend kat sini dalam setengah jam juga la camwhore sana sini kan..
Banyak sangat kincir angin yang besar gedabak ni memenuhi lereng-lereng gunung di sini..Subhanalalh, kagum dengan kuasa Allah swt.. Daegwallyeong Samyang Ranch ni dikatakan terbesar di Asia dan tidak semua kawasan ini dibuka kepada pelancong luar.. lepas puas bergambar, kami menaiki bas yang datang untuk kali ke 3 rasanya.. jangan risau kalau bas yang anda naiki tadi dah bergerak, sebab akan ada bas yang lain pula datang untuk bawa ke bas stop sebelumnya.. dari Daegwallyeong Observatory kami naik bus ke hentian kedua terakhir..
|
Perhentian paling atas : Breezing Hill rasanya |
|
Kabus yg nak datang menyerang |
|
Ketinggian 1140 mdpl |
|
Observatory Deck |
Disini adalah lokasi untuk pengambaran beberapa buah drama korea.. tidak hairanlah sebab kawasan ini cantik sangat.. drama seperti "Love Conserto", "Autumn in my heart" dan banyak lagi .. dari sini, kami berjalan melalui denai pejalan kaki sambil menghayati spot2 best untuk bergambar..haha..
sungguh aku mensyukuri nikmat dan peluang yang Allah berikan ini..
|
Location beberapa drama Korea dirakamkan |
|
Wani posing sakan.. |
|
Menelusuri laluan pejalan kaki |
Kami terus menapak hingga ke kawasan ladang lembu moooow.... lembu kat sini sungguh sihat dan comel2 sekali..ahaksss..disini kami pada ketinggina 980m dari aras laut..tapi kabus dah kurang tak seperti di puncak tadi..
ohh ye, sambil2 asyik menikmati keindahan alam, kami teruja dan terasyik sampai masa dah drag ke jam 5:30pm.. jadi kami buat keputusan untuk ambik bus jam 6.35 je tapi Wani dengan kawannya sedikit risau takut bus ke Daegu terlepas..tapi sebab semua xrela nak balik awal sebab banyak lagi tempat tak singgah ni, so extend je la sejam lagi kan.. dari tempat lembu, kami jalan lagi ke tempat burung unta, tapi entah kenapa aku tak ambil gambar kat sini..sayang betul...
|
Welcome to ladang Lembu |
|
Mooowwww |
|
Sambung perjalanan ke bawah |
|
Kandang biri-biri |
|
Couple Korea yang tolong call driver teksi |
Dari sini kami jalan lagi sebab nak tunggu bus tapi xde pula bus yang lalu nak ke main entrance tu.. so jalan jela sampai ke bawah sambil singgah tepi2 lalu la kandang biri-biri..kat sini, kami minta pertolongan couple Korea untuk call no telepon driver teksi yang kami datang tadi untuk datang ambil kami semula sebab sebelum driver tu blah tadi, dia ada bagi kad bisnes dia..
Dah nak sampai penghujung destinasi dah kami ni, terpancar perasaan puas hati sebab memang cantik sangat.. aku memang fikir nak datang repeat tempat ini, sebab cun habislaaa..disini kebanyakkan yang datang akan beli maggi buatan sini untuk bawa balik..aku xbeli la ramyum ni sebab was-was kan.. aku nak beli susu segar tapi macam xperasan pula ada ke tak..huhu..
|
Pejabat urusan |
Rata-rata pengunjung yang datang hari tersebut adalah warga tempatan yang datang dengan kenderaan sendiri, so untuk berpiknik bersama keluarga masing-masing kan.. dengan anak sungai yang mengalir jernih, memang cukup tenteram sekali... lebih kurang jam 6.15 p., driver teksi yang berlainan datang ambil kami. sampai je di stesen Hoenggye, kami terus beli tiket pukul 6.35, pergi tandas dan ambil wudhuk untuk solat jamak taakhir di celah2 parking kereta..
|
Terminal bus Hoenggye |
|
Jadual kekerapan bus keluar dari terminal ini |
Bus tiba agak lambat, so kami tunggu je la..mereka berdua sedikit cuak dah mengenangkan nasib yang memang tak sempat nak ambil bus last ke Daegu. pukul 9:45 rasanya bus last tu.. oh yee, masa kat tandas, aku terjumpa dompet wanita, so pergi serahkan dekat kaunter bus kat ajjuma ni..so masa kami nak naik bus, tiba2 ada seorang gadis datang bagi kami susu dalam botol, so aku ingat dia nak jual, aku tolak je la, tapi dia paksa-paksa kami ambil, dia nak bagi juga, sambil2 dia explain yang dia ni owner dompet tersebut..tapi cakap macam itik dengan ayam la kami ni..hahaha..lucu sebab kami dok main tolak2 je air susu tu..patutla aku macam cam muka dia sebab sebelum tu aku dah buka purse tu tengok kad pengenalan dia.. kira nasib baik la aku yang jumpa..tapi kalau Korean pun yang jumpa, possibility untuk dipulangkan memang tinggi..
Pukul 7.05 minit baru bas bergerak dan aku manfaatkan masa itu dengan tidur. Pukul 10.10 sampailah ke Dongseoul Station.. memang bus ke Daegu dah terlepas, so aku teman mereka beli bus ke bandar bawah sikit dari Daegu, agak jauhlah dari tempat diorang, tapi memandangkan sebelum ini diorang dah pernah mengalami situasi ini, so aku tak risau sangat.. selepas sesi bye-bye, aku pun blahhh cepat-cepat ke subway station Gongbyeon untuk ke Jamsil station.. dari Jamsil station, aku keluar exit 6, ambil bus 7001-1 ke Ajou. pukul 12 tengah malam lebih baru sampai dormitory..
what a long journey tapi puas hati... Insyaallah nak repeat lagi..
Anda semua boleh layari website berikut untuk dapatkan gambaran mengenai Daegwallyeong Samyang Ranch ini..
http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264459
http://www.samyangranch.co.kr/ (Korean language)
http://seoulotraveller.blogspot.com/2012/07/day-25-getting-to-daegwallyeong-samyang.html
******************************************************************************
No comments:
Post a Comment