Sunday, July 13, 2014

SUMATERA : PEKAN BARU ~ Menjejaki susur galur Melayu di RIAU -PART 1

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum semua..

Salam Ramadhan..

Jeng jeng jeng..

I'm back!!!!

Ya ampun...banyaknya hutang cerita yang aku belum lunaskan..
sekarang dah pertengahan 2014..
Azam 2013 aku untuk habiskan cerita2 itu cuma tinggal janji manis sahaja..
bluahahahahah..
sorryyyy...

Tapi atas dasar tanggungjawab dan amanah pada diri sendiri, hehe...aku gagahi jua untuk mula menulis..

Bila dah tinggal zaman kuliah ni, makin malas pulak nak menaip, padahal setiap hari aku di pejabat kerja menaip je..hoho..

Ok, straight to the point..

Aku mulakan dengan cerita ini terlebih dahulu walaupun masih banyak cerita2 yg dah pun berlalu tapi aku masih belum ada kerajinan untuk menulis..

Bak kata seorang rakan yang aku kenal melalui blog, letak gambar je pun dah bagus, sebagai permulaan untuk menanam minat menulis blog..hohoho... I'll try..

***************************************************************************

Kisah petualang aku di bumi Indonesia kali ini merupakan kali kedua aku membenarkan buku merahku dicop oleh Imigresen Indonesia selepas trip Trans Java ku April lalu.. (ok, aku tahu aku xcerita trip tu lagi kan..hehe)

ADA APA DENGAN PEKANBARU?

yeahhh...Pekanbaru, merupakan ibukota Riau, Sumatera, Indonesia..

Selaku pencinta nature beauty, aku memang mencari-cari apakah tempat wisata alam yang menarik di Pekan baru..Tapi sayangnya, kebanyakan tempat wisata alam adalah jauh dari bandar Pekanbaru itu sendiri.. antaranya Bukit tinggi, Desa Gema dan lain-lain memerlukan perjalanan sekitar 4-5 jam dari Bandar Pekan Baru..

Memandangkan rencana aku ke Pekanbaru (PKU) adalah untuk lepak-lepak di bandar je, aku tidak merancang untuk ke tempat-tempat tersebut..Al-maklumlah, dompet ku dah nipis semasa ke Trans java tempoh hari..hehe..aku tak bawa banyak duit Rupiah pun, cuma bawa balance dari trip Trans Java tempoh hari berjumlah Rp400,000, lepas tu aku tukar lagi Rp300,000 menjumlahkan Rp700,000 sahaja..Aku kira itu lebih dari cukup sebab aku pergi bukan untuk joli-joli shopping bagai tu semua..malah aku akan tinggal di rumah CourchSurfing dari Pekan baru selama 3 malam, so pasti jimat sangat la nanti..Duit itu untuk buat belanja makan, transport dan benda-benda kecil je..

DAY 1 - 24 Mei 2014

The journey began... Flight AK431 ke Pekanbaru berlepas dari KLIA 2 jam 10:50a.m..Jam 7.30 aku dah keluar ke KTM Kajang dah terus menuju KTM Bandar tasik Selatan untuk megambil ERL KLIA Transit ke KLIA 2.. yang mengejutkan aku disini ialah tambang ke KLIA 2 dari BTS adalah RM26.50.. WHAT?? terkesima aku seketika di depan kaunter tiket..nasib baik aku bawa duit RM30 cukup-cukup..aku bajet xsampai RM10 je pun sebab dari Putrajaya cuma RM6.50..BTS ke Putrajaya cuma 1 stesen je beza.. sungguh aku terkejutt dengan harga tu sampai duit dah xde untuk buat makan breakfast..uwaaaaa...aku malas nak cucuk duit RM sebab xde nak guna lagi kan..

dengan muka berkerutnya cepat2 aku ke tempat menunggu ERL..Perjalanan ke KLIA 2 kini lebih mudah xperlu lagi untuk transit di stesen Salak Tinggi sepertimana untuk ke LCCT dulu..next time memang aku akan naik dari Putrajaya Sentral je..hoho.

Kejakunan melanda diri bila sampai di KLIA2 yang sungguh besar dan dipenuhi dengan shopping lot dan restoran-restoran.. untuk ke Departure Hall perlu menapak sekitar 15 minit dari Gate ERL..untuk makluman semua, Departure Hall berada di bangunan yang berasingan (sebenarnya just seperate buliding) cuma di sambungkan dengan laluan berbumbung penuh bangku2 untuk melepak..memang classs dari sudut pandangan aku..

Pesawat Air Asia selamat mendarat di Bandara Sultan Sharif Kassim II jam 10.45 waktu Indonesia.. bandara ini memang besar dan canggih.. Sama macam Bandara Juanda Surabaya, airport baru katakan.. So bila airport baru ni, faham2 jela,, Airport tax dah naik ke Rp150k untuk International flight..


Haruslah menaiki bus bandara ini untuk ke pintu arrival disebabkan ada construction kat kawasan dalam bandara



Ruang dalam bandara menuju pintu keluar

Huruf besar nama bandara ini..tempat wajib bergambar katanya..

Aku menghabiskan masa selama hampir 3 jam sementara menunggu Host CS aku datang jemput..janji Jam 1 petang, tapi bayangnya xmuncul2..aku dah keresahan sebab tak dapat nak contact dia..Handphone ku dah jadi mereng bila sampai sana, tak dapat nak connect WIFI free kt airport tu..sudahla aku tak bawa kartu sim no Indonesia..memang bagus sangat la.. menunggu kat depan Roti Boy tu..sambil turun naik tingkat atas untuk cuba nasib cari connection WIFI.. dekat pukul 2 baru host aku sampai..fuhhhh lega.. xkesahla lambat, janji sampai..adat orang nak menumpang kan, kena la pandai bawa diri..hohoho..

Perkenalkan Host CS ku Azella Rahati a.k.a Cella, pelajar tahun akhir Fizik (kalau xsalah la).. Cella tua 2 tahun dari aku.. memang seorang CS yang aktif di PKU..

Taaruf sikit2 terus merempit dengan motor Cella ke rumahnya...tak jauh dalam 15 minit je dari Bandara..Cella tinggal dengan family dia, adik cowok 3 orang, sepupu yg kecil seorang, dan mak saudaranya seorang..

Membonceng sepeda motor dengan Cella

Pintu gerbang Pekan baru

Lepas dah lunch kat rumah Cella, golek2 atas katil rehat2 borak2 bagai, lepas asar aku ikut Cella ke kampus dia.. aku memang tak ada itenary khusus kali ini, sebab niat memang nak datang rehat, relaks, meet the local, dan manfaatkan tiket flight murah yang aku dapat grab dulu..huhu

Aku bawak satu motor, Cella bawak satu motor yang lain, sebab dia nak tumpangkan donsen dia jalan2 beli barang...So, aku menikmati pengalaman bawa motor di Indonesia dengan trafiknya yang korang sendiri lihat dalam Sinetron tu..haha..Lucky PKU tidak seteruk Kota2 besar lain seperti Jakarta, Surabaya.. tapi skill aku memang mantap la..haha main2 cilok camtu je..kikiki


UMRI- universitas Cella

Singgah beli buah untuk donsen Cella

Sepeda motor Cella yg kami guna..

Lepas Maghrib aku keluar lagi dengan Cella, sebab Cella dah organize outing dengan CS PKU yg lain.. so aku berpeluang untuk berkenalan dengan member2 CS PKU.. diorang memang sporting, educated and muka memang sesetengahnya macam orang malaysia la.. maklumlah sesetengah dari diorg berdarah melayu..Melayu Riau..

Rakan2 CS PKU- Enry, Agus, Cella, Eric dll..
Tempat pertemuan di sebuah kedai makan berasaskan ikan..lupa plak ambil nama kedai..Pempek apa kemenda entah..al-maklumla, malam kan, malas nak buat keluar kamera cikai yg snap gambar malam yg xlawa..hoho..sambil berkenal-kenalan tu sambil aku mencuba beberapa menu menarik..tadaaa...

Menu berasakan ikan..Pempek namanya...

Pempek goreng

Pempek goreng celup tepung..nama aku bagi sendiri..lupa dah..haha

Pempek sup
Ni dia rupa Laksam versi Indonesia.. rupa dah hampir sebijik tapi beza sangat dengan laksam Kelantan.. Apa yang bezanya? Laksam tu sendiri dah lain..Kalau laksam kelantan dibuat dari tepung, tapi laksam sini dibuat dari pempek, kuahnya pula guna santan sahaja tak campur pati ikan macam kuah laksam kelantan..tapi sedap tetap sedap..hehe

Laksam pempek
 Kitaorang suma borak-borak tukar-tukar cerita, main ENO lagi bla..bla..bla.. dekat jam 12 malam baru sorang-sorang mula beransur.. Sebahagian yang lain nak pergi tengok bola dan karoeke.. Aku dan Cella nak balik berehat je..memandangkan aku tidak tidur dari semalam, jadi aku nak balik rehat cepat-cepat.. Selepas mengucapkan selamat tinggal kat semua orang..kami pun bersurai.. nice to get to know all of them..

DAY 2 - 25 Mei 2014

Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi..eh2 mana ada mandi..cuci muka salin baju terus Cella ajak aku keluar..katanya ada Car Free Day (CFD)..dalam imaginasi aku ketika itu kalau dah CFD, mestilah jalan kosong semua orang kena jalan kaki or naik basikal, so bila nak kena jalan kaki semua jadi malas dan lepak kat rumah je.. tapi aku silap..CFD kt PKU ni disambut dengan meriah sekali.. CFD dibuat di Jalan Gajah Mada & jalan Diponegoro dari jam 6a.m-10p.m..pelbagai aktiviti menarik dan gerai jualan diadakan di sepanjang jalan tersebut..

Nah layan je la gambar-gambar sepanjang perjalanan dan di kawasan CFD itu sendiri...

jalan kaki je

naik sepeda pun boleh..

mini konsert

Lenggang kangkung nampak..

macam satay ikan

barang-barang jualan

Sian siput-siput ni di warnakan..tapi sumpah cute..

Nama jalan ditulis dengan huruf jawi..sama macam di Kelantan kan..


One day One juz..kagum

majlis ilmu di taman awam..
 Pulang dari CFD, kami singgah di sebuah restoran Sate Padang.. first time try..Pedasssssss..hoho..but I loikeeee... Sate Padang ni guna ketupat nasi dalam dau kelapa tu, so aromanya memang terbaek...layannn... 1 pinggan ni berharga sekitar Rp 15k..kenyang...blurppp

Cella bagitahu aku, kalau pergi Padang, nak order satay atau nasi padang, bagitahu je Satay atau nasi..tak perlu sebut Padang, sebab kita memang dah ada kat Padang pun kan..hahaha..ada logiknya jugak tuhh...

satay Padang
Lepas Zohor aku ikut Cella keluar ke Pasaraya Ramaya a.ka. Pasar Sukaramai..Cella nak cari celana..so aku sambil menyelam minum air jeling2 je ye..hoho.Tapi dah nama perempuan, walaupun bukan kaki shopping sekalipun, bila tengok ada barang murah, terBELI juga..haha..disinilah penyebab duit Rp300k aku melayang dan menyebabkan aku out of budget di PKU ni..sobsss..

Pasar Ramayana

Bus trans Pekanbaru

Cella dan tante
 Adik Cella yg no 2, aku lupa nama dia sebab nama dia complicated untuk aku menyebutnya..dan temannya Bayu, datang pick-up kami dan bawa ronda2 bandar baru dan lama PKU ni..

Makam pembesar dan raja Riau

jambatan baru merentasi sungai Riau

sungai paling dalam di Indonesia katanya..
Lepas tu singgah makan nasi goreng Mafia yang tahap kepedasannya boleh dipilih..ada 5 level semuanya..
Tapi bagi aku servis dia kurengg sikit..dah la lama nak kena menunggu, pastu tukang masak dia kurang pembersih orangnya.. aku malas nak cerita apa yang aku nampak..buat tak tahu je la sambil makan nasi goreng tu kuis-kuis skit..hehhh

Tapi bagi aku konsep kedai ini unik..kalau improve service dan rasa makanan, boleh pergi jauh restoran ni..

Nasi Goreng Mafia..
ada 6 jenis pilihan

ada 5 jenis level kepedasan..

ini je rupa nasi goreng mafia nya..
Bagi aku nasi goreng ini pedas melampau walaupun au cuma ambil level menenangkan.. rempah yang digunakan aga pelik bagi lidah aku..mereka yang lain pun tidak mengemari nasi goreng ini..tapi it's ok..tak cuba tak tahu kan..

Malam tu aku tolong tante dan cella masak Gulai Acheh dan Somai..tolongnya sikit je makannya banyak..hahahak..kan niat aku datang sini untuk cuba wisata kuliner..hohoho..

BERSAMBUNG.....

pstt: konon malas nak buat entri, sekali taip satu entri, ambikkkk kauu panjang berjela..nasib la semput kalau ada yang baca entri ni..hahahaha

No comments:

Post a Comment