Monday, July 14, 2014

SUMATERA : PEKAN BARU ~ Menjejaki susur galur Melayu di RIAU -PART 2

sambung letak gambar je cerita dah draft siap2...heheh

****************************************************************************

DAY 3- 26 Mei 2014.

Rencana kami hari ini adalah untuk ke Istana Siak di Kabupaten Siak, Provinsi Riau, Indonesia.. Perjalanan memakan masa 3 jam dengan mobil.. boleh tahan jauh..

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan pokok kelapa sawit..Pekanbaru ini juga merupakan bandar minyak kerana banyak telaga minyak darat diusahakan oleh Caltex disini..sebab itu air paip disini agar berbau pelik dan tidak sesuai untuk diminum..mungkin kesan dari telaga minyak bawah tanah..

Jalan raya yang dilalui juga agak teruk dengan lubang merata- rata sehinggalah kami memasuki satu simpang yang jalannya mula cantik..memang beza terus keadaan dua jenis jalan raya tersebut.. aku difahamkan jalanraya yang teruk itu diuruskan oleh kerajaan Indonesia, manakala jalan raya yang bagus itu diuruskan oleh Kabupaten Siak..macam jalanraya federal dengan state la kot bezanya..kalau salah mohon dibetulkan :)

Jambatan Siak, - Jambatan Tengku Agung Sulthanah Latifah
 Secara simbolik jambatan ini melambangkan keagungan dan kejayaan Kesultanan Siak dahulu kala. Apabila melepasi jambatan ini, suasana kemelayuan mula dirasai..

Istana Siak
Istana Siak atau biasa disebut dengan ” Istana Matahari Timur ” atau disebut juga Asserayah Hasyimiah ini dibangunkan oleh Sultan Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin pada tahun 1889 oleh arkitek berbangsa Jerman. Senibina bangunan ini merupakan gabungan antara senibina Melayu, arab dan Eropah.. Tidak hairanlah bila aku memandang istana ini tidak seperti istana Raja Melayu yang ada di Malaysia..Ini kerana ada campuran senibina Eropah hasil kesan penjajahan suatu masa dahulu.


Pondok penjaga sekali pondok bayaran. Rp6k seorang..
Cella membayarkan kami harga tiket masuk ke istana ini.. Dapatlah harga local aku hari ini..hehe.. Kalau tidak, banyak juga bezanya.. lupa plak berapa harga mancanegara..

Bangunan ini terdiri dari dua tingkat. Tingkat bawah dibagi menjadi enam ruangan : Ruang tunggu para tamu, ruang tamu kehormatan, ruang tamu lelaki, ruang tamu untuk perempuan, satu ruangan bahagian kanan adalah ruang sidang kerajaan, juga digunakan untuk ruang pesta. Tingkat atas dibahagi menjadi sembilan ruangan, berfungsi untuk istirahat Sultan serta para tamu Istana. Tapi aku tidak ambil semua gambar-gambar di dalam istana Siak ini..

Patung-patung mengambarkan suasana dalam istana


Logo Kesultanan Siak

Ruang makan

Alat muzik Komet

Kami menyelusuri setiap sudut dalam istana sambil mengambil gambar, membaca sejarah-sejarah serta bertanya soalan-soalan kepada penjaga Istana Siak.

Aku tertarik dengan alat muzik, Komet yang terdapat dalam istana ini. Komet ini dihasilkan di Jerman yang memiliki piring-piring dengan garis tangan sekitar 90 cm berisikan lagu-lagu klasik dari Mozard dan Bethoven. Konon barang ini hanya ada dua di dunia iaitu di Jerman sebagai pembuat dan di istana Siak. Komet ini dimainkan untuk meraikan tetamu penting ke Istana Siak.. Rugi pula aku tak minta penjaga tersebut mainkan sedikit lagu dari Komet ini.. Aku kan tetamu penting jugak..hahahahha

Balai yang menjadi tempat menjual cenderamata

View istana dari sudut belakang
 Aku menaiki tingkat atas untuk explore pelbagai barang tinggalan sejarah yang ada. Terdapat pakaian-pakian lama, pinggang mangkuk, kasut, buku-buku, gambar-gambar dan pelbagai lagi..

Aku tertarik bila aku melihat ada beberapa barangan berupa surat lama serta gambar dari Kesultanan Johor. Perkaitan sejarah antara Kesultanan Johor dan Siak adalah kuat sekali.. Kalau kita imbas kembali sejarah yang kita belajar dulu, kita ada belajar tentang sejarah Siak ini.

Kerajaan Siak ini didirikan oleh Raja Kecil, iaitu anak dari Sultan Mahmud Shah, iaitu Sultan Johor yang dibunuh selepas pulang dari Solat Jumaat oleh Megat Seri Rama. Kiranya ada komplot untuk merampas takhta masa itu.

Raja Kecil ini dilarikan bersama ibunya dan mendapat perlindungan oleh Raja Pagar Ruyung. Raja Kecil ini kemudian merampas kembali Johor dan jadi Sultan Johor untuk tempoh yang pendek sebelum berlakunya kembali perubatan kuasa dan Raja Kecil kembali ke Siak dan mendirikan kerajaan Siak dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah (1723-1746 M). Sultan Siak yang terakhir adalah Sultan Sharif Khasim II.

Begitulah serba sedikit sejarah Kesultanan Siak ini.. Aku dulu sering menonton cerita-cerita melayu lama jadi ada sedikit familiar bila baca balik sejarah ini.. Aku tak nafikan ada sedikit perasaan terkilan dan syahdu apabila menelusuri kembali sejarah Kesultanan Melayu ini. Betapa gahnya kuasa Sultan Melayu suatu masa dulu..  

Salasiah Kesultanan Siak



Setelah puas menelusuri Istana Siak, kami singgah solat dan makan bekal yang dibawa disebuah masjid berdekatan. Kemudian Cella mengajak kami melihat peninggalan Belanda diseberang sungai. Ia merupakan sebuah benteng yang dibina menghadap Sungai Siak..aku kira ni sebagai pertahanan.

Kubu ke tembok ni.. Tinggalan Belanda


Cella, adiknya dan Bayu..

Ada kapal melalui sungai ini.. baru aku percaya sungai ni dalam..hehe
 Kami beransur pulang ke Pekanbaru sekitar jam 4 petang. Kami singgah ke Masjid Agung An-Nur. masjid ini dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1968. Apa yang menariknya masjid ini dikatakan mirip Taj Mahal.. errr adalah sikit..macam bangunan Perdana Menteri kat Putrajaya pun ada..hehe


Masjid Agung An-Nur diwaktu siang

Sekejap je singgah terus pulang, sebab Bayu, si punya mobil tu ada hal..malam tu hujan, so aku dengan Cella keluar sekitar jam 9 malam untuk ke Toko Buku Gramedia.. aku nak beli buku "99 cahaya di langit Eropah".
Harga buku ini Rp80k sebab ada tandatangan digital penulis buku ini, Hanum Salsabila dan Rangga Mahendra..

Lepas itu kami ke masjid An-Nur lagi untuk ambil gambar waktu malam.. kebetulan malam itu ada Ceramah Israk Mikraj.. memang penuh perkarangan masjid.. sambil ambil gambar sambil tumpang sekaki dengar ceramah..cara penyampaiannya rasa dekat je dengan Kota Bharu.. betul-betul aku anggap PKU ni kembar KB.hehe.. kami keluar sebelum habis ceramah sebab tak nak sangkut dengan kesesakan lepas tu..

Masjid Agung An-Nur diwaktu malam



DAY 4- 27 Mei 2014..

Keesokkan harinya aku bersiap awal pagi.. Flight aku jam 10.50 tapi aku suruh Cella hantar jam 8.15 pagi.. sebab Cella pun nak berangkat ke Sumatera Barat (Sumbar) jam 9 pagi.. tante sama Veena dah takde sebab dari semalam lagi diorang keluar kota sebab tante ada job kat sana..Sedih pula nak tinggalkan PKU..sebab aku rasa dekat sangat dengan jiwa aku..pengembaraan aku kali ini menjejaki sejarah memang memberi aku seribu erti kehidupan yang tak ternilai..

Binaan yang unik..xpasti apa..
Sampai je bandara, aku jalan-jalan buang masa dulu lepas tu masuk boarding hall..Oh ye, satu hal penting aku nak share di bandara ini, lepas kita dah masuk boarding hall, jangan lupa ke kaunter penerbangan kita dulu untuk bayar airport tax dan ambik boarding pass baru walaupun anda tak ade check-in luggage dan sudah web check-in.. aku menonong je terus ke kaunter imigresen untuk cop pasport, abang Imigresen pun baik punya borak dengan aku lepas tu lepaskan aku..aku pun pelik kenape tak minta duit untuk airport tax macam aku kena kat Bandara Jogja dulu?

"Kok mbak belum bayar ye.. buruan ke kaunter Airasia lansung bayar dulu ye.."

Lorh..aku kebingungan..gawat ni..Aku berlari turun ke kaunter semula..nasib baik awal lagi..rupa2nya, kalau ada check-in lugage ke takde ke, semua harus ke kaunter dulu untuk bayar tax..diorang akan bagi boarding pass baru as prove yang kita dah bayar..nampak sangat abang Imigresen tu berangan sebab masa dia cek boarding pass yang aku print tu, dia tak kata apa pun..hoho..nasib baik aku jujur.. tapi sebenarnya kalau aku lepas kat kaunter Imigresen pun, lepas tu mesti sangkut juga sebab ada satu tempat lagi nak kena scan bar code boarding pass..hoho

Kaunter check in- kena bayar airport tax disini..

View telaga minyak Pekanbaru dari angkasa..
Jam 12.45 aku selamat sampai KLIA 2 terus menuju Putrajaya sentral untuk ke pejabat meneruskan semula kehidupan harian aku..

Done..doakan aku rajin untuk next entry plak..bye2..wassalam..

Semoga berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment